Cuti semester kali ini panjang, hampir 3 bulan! Ramai kawan-kawan decide nak habiskan masa cuti dengan bekerja 'part-time' termasuklah aku sendiri. Sebelum ni aku pernah bekerja 'part-time' di pusat beli-belah Parkson dalam KLCC sebagai Sales Assistant. Jaga kasut, jenama JWEST dari Singapore. It was a good experience. The staff pun okay je, baik-baik, kelakar, gelak ketawa sama-sama. Macam-macam jenis perangai orang kita boleh lihat.
Sebelum bekerja di Parkson, pernah bekerja 'part-time' di sebuah syarikat multimedia, I-Insan Multimedia. Syarikat ni ada ofis kecil di Finas yang manage website Finas dan Sinema Malaysia. It was also a good experience. Dapat banyak info tentang artis, produser, filem.. macam-macamlah! Kerja pun relax, okay je.
Kali ni, aku bekerja 'part-time' di 7-Eleven. Mula-mula tanya ada kerja kosong ke tidak, terus masuk interview. Kemudian, interview tergendala sebab SM (Store Manager) nak pastikan dulu samada aku boleh bekerja 'overnight' atau tidak. Lepas tanya ayah dan abang-abang yang juga ada pengalaman bekerja di 7E, mereka semua mula-mula risau, sebab aku perempuan kan.. tapi kemudian mereka kata kalau aku boleh, nak cuba, yakin, teruskan saja. Aku pun terima, SM tu pun terima aku bekerja. Sudah sebulan 3 minggu 3 hari aku bekerja di situ. Staf-staf semua okay, best, muda-muda daripada aku setahun dua. Macam-macam jenis perangai pelanggan, sabar ajelah. Best jugaklah kerjanya, mula-mula penat lenguh kaki tapi lama-lama dah biasa tak rasa apa. Aku akan berhenti akhir bulan 8, sebab aku sambung belajar awal bulan 9. Rasa macam tak sabar nak berhenti pun ada. Sempat lagilah beraya dengan keluarga sebelum sambung belajar semula, tapi masanya tak lama.
Kerja 'part-time' sebenarnya bagus. Kita dapat pengalaman, selain duit. Pengalaman tu penting, pengalaman tu yang mengajar kita macam mana kehidupan ni sebenarnya. Pelbagai sikap manusia dengan keadaan sekeliling kita. Apa yang kita dapat, kita nampak, kita rasa, semua untuk pengetahuan kita, untuk kita tafsirkan baik buruk sesuatu dan kesannya kepada kita dan juga sekeliling. Jika buruk tafsirannya, buruklah pada pandangan kita. Jika baik tafsirannya, baiklah pandangannya. Berfikirlah dengan positif, motivasi diri. Hati-hati dengan dunia luar, dia ada 'permainannya'. Kita kena bijak. Kadang-kadang kita leka, kasihan, tidak berfikir panjang. Jadi, ambil sesuatu perkara yang baik dan buruk itu untuk pengetahuan kita. Yang baik kita pertimbangkan, yang buruk kita fikir-fikirkan..



No comments:
Post a Comment